Whistleblowing Policy

 

1. Objective

This Policy serves as an avenue to provide a formal, confidential channel to enable employees or any parties to report in good faith, serious concerns of any improper conduct and/or wrongdoing that could impact the Company.

This Policy also acts to provide necessary protection and confidentiality of the whistleblower.

 

2. Scope

This Policy applies to any improper conduct involving employees as well as directors, shareholders, consultants, vendors, contractors, and/or any other parties having business relationship with the Company.

 

3. Improper Conduct

Improper conduct is described as any conduct by an employee or other parties which constitutes a criminal offence or any other conduct that constitutes a wrongdoing or malpractice. These include, but not limited to, the following:

·         Criminal offence;

·         Fraud;

·         Theft; and

·         Any misconduct by employee prescribed in the Company’s Misconduct Policy & Procedures

 

4. How to Report?

Any report of improper conduct can be done through various channels as follows:

·         Website: www.we-care.my

·         Telephone/Hotline: 1700-81-5333

·         Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

·         Letter:

a) PO BOX 11258, 50740 Kuala Lumpur

b) Head, Group Legal & Compliance, Ranhill Utilities Berhad

Bangunan Ranhill SAJ, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

 

5. Protection and Confidentiality

The Company shall protect the whistleblower from reprisal as direct consequence of making a disclosure in good faith and to safeguard such whistleblower's confidentiality. Any whistleblowing employee shall be protected against adverse employment actions for raising allegations of improper conduct in good faith. The company also assures that all reports will be treated in strict confidentiality and promptly investigated. 

 


 

Dasar Pemberitahuan Maklumat 

 

1. Matlamat

Tujuan dasar ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu saluran rasmi dan sulit bagi membolehkan pekerja atau mana-mana pihak untuk melaporkan sebarang kesalahan atau salah laku yang boleh memberi kesan kepada pihak syarikat.

Dasar ini juga bertindak untuk memberi perlindungan dan kerahsiaan pemberi maklumat.

 

2. Ruang Lingkup

Dasar ini juga digunapakai untuk sebarang salah laku melibatkan pekerja syarikat termasuk pengarah, pemegang saham, perunding, penjual, kontraktor, dan/atau mana-mana kumpulan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan pihak syarikat.

 

3. Salah Laku

Salah laku ditafsirkan sebagai sebarang perbuatan oleh pekerja syarikat atau mana-mana pihak yang mengandungi unsur jenayah atau sebarang perbuatan yang mengandungi perbuatan salah atau penyelewengan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada perbuatan-perbuatan seperti di bawah:

·         Perbuatan jenayah;

·         Penipuan;

·         Pencurian; dan

·   Sebarang salah laku oleh pekerja syarikat seperti yang tertulis di dalam Dasar & Tata Kerja Salah Laku (Misconduct Policy & Procedures) syarikat.

 

 

4. Bagaimana Untuk Melaporkan?

Sebarang aduan berkenaan salah laku boleh dibuat melalui beberapa saluran seperti berikut:

·         Laman Web: www.we-care.my

·         Telefon/Hotline: 1700-81-5333

·         Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

·         Surat:

a) PO BOX 11258, 50740 Kuala Lumpur

b) Head, Group Legal & Compliance, Ranhill Utilities Berhad

Bangunan Ranhill SAJ, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

 

5. Perlindungan Dan Kerahsiaan

Pihak syarikat akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada tindakan balas akibat daripada pembongkaran salah laku dengan niat baik dan akan melindungi kerahsiaan pemberi maklumat. Setiap pemberi maklumat di kalangan pekerja syarikat juga akan dilindungi daripada terjejas dengan sebarang tindakan pekerjaan akibat daripada pembongkaran salah laku dengan niat baik. Pihak syarikat juga akan memastikan yang semua laporan akan dirahsiakan dan disiasat dengan segera.

Search